Assalamualaikum Semua. Okay kita jumpa lagi kali ini..yeayyy! ^^
Okay di entry kali ini, saya ingin kongsikan kepada semua tentang Aktiviti-aktiviti Kitar Semula yang boleh dilakukan.
Melalui aktiviti Kitar Semula, perasaan cinta dan sayangkan alam sekitar dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda. |
Aktiviti Kitar Semula yang dijalankan di kebanyakan sekolah di Malaysia. |
Mendidik para pelajar dalam menggunakan tong Kitar Semula dengan betul.
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.
Ini adalah contoh aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan perumahan. Amat bagus dalam memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan Kitar Semula.
Dalam kalangan kanak-kanak juga pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan menggunakan barangan kitar semula ini. Melalui aktiviti yang menarik akan membuatkan kanak-kanak lebih seronok dan belajar untuk kitar semula barangan yang sedia ada. Antara aktivitinya adalah seperti:
Menggunakan bekas syampu, boleh dijadikan sebagai tempat menyimpan alatan tulis.
Menggunakan botol air kosong, maka inilah hasilnya. Menggunakan cawan kertas, aneka bunga dapat dihasilkan. Kanak-kanak pasti suka dengan hasil kreativiti seperti ini.
Banyak sangat kan aktiviti yang boleh di buat menggunakan bahan kitar semula ni?? Yeee, sangat banyak. Disamping menjaga alam sekitar, kita juga boleh mencantikkan sekeliling kita hanya menggunakan bahan-bahan terbuang, yang pastinya tidak menelan kos yang tinggi :D.
sekian saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi di post yang seterusnya. bye~
Assalamualaikum.
|
No comments:
Post a Comment