Tuesday 13 December 2016

Beberapa tahun kemudian.~



Assalamualaikum.
MasyaAllah... Dab berapa tahun dah ni baru masuk balik dalam blog ni. hahaha

Last tarikh berblogging ni 13 November 2013..
Tarikh hari ni 13 Disember 2016..
Bapak lama doe..kahkahkah..! 3 tahun jugak tu..

Kalau dulu aku zaman belajar di KPTM, dan sekarang aku sudah bekerja.
Alhamdulillah dalam setiap rezeki Allah limpahkan.
Dulu mengerah otak buat assignments, sekarang mengerah otak jugak tapi untuk mengajar anak-anak murid. Gittew~

Aturan Allah tu memang baik belaka. Aku tamat belajar dalam Diploma PEnd. Awal Kanak-Kanak, maka aku juga bekerja dalam aliran itu. MasyaAllah! Thank Allah.
Bekerja dengan kanak-kanak, tidak mudah yang disangka. Yelaa, pagi pakai cecantik, wangi-wangi. Masuk mengajar dalam kelas, kejapan dah jadi singa. Kejapan pula jadi gorilla..Uishh..Dari wangi-wangi bau De'Xandra, terus jadi bau petai dah -.- 
Papepun, aku rasa bahagia.. Marah laa macam mana pun, datang juga dia peluk cium kita. Part ni aku memang cair..hahaha..Kalau marah, datangnya dia memujuk..Bait-bait ayat dia, perghh..Melting~ 
Siap datang, pegang tangan ni sebab nak memujuk kita..kahkahkah..

Nak cerita memang banyak..Tak tidur ni kang kalau aku dok menaip..hahaaha..
Will continue in next post..
watcha..


-TeacherDiyanaYangBaikLagiSomel

No comments:

Post a Comment