Monday 18 March 2013

Kesempurnaan ~



Assalamualaikum wbt ... :)
(jawab tau C: )
Cuba tengok sikit gambar kat atas tu , lawa kan ?? sangat indah , menyejukkan mata , pennyejuk nafsu .
Kalau ditanya kan kepada para wanita , siapa saja yang taknak jadi lawa , cantik , dan indah ??
semua mahu . sebab apa ?? Kerana wanita itu telah diciptakan dengan sifat ingin melawa , sentiasa ingin cantik . Cantik dalaman dan juga cantik luaran . ini dua perkara yang berbeza .
Cantik luaran , semua wanita mampu manjadi nya ! TAPI untuk membina cantik dalaman itu memang banyak halangan nya . KENAPA ? kerana hati manusia ini sering atau mudah diganggu dengan bisikan syaitan !
Maka dengan itulah , asas pembinaan cantik dalaman ini memerlukan ketekunan dalam mendidiknya .
Wanita yang mempunyai cantik dalaman dan luaran ini amat diimpikan setiap sang Adam . 
Siapa saja yang taknak kan wanita seperti ini . Cantik , bertudung litup , berniqab , ayu tingkah lakunya , baik budi bicaranya , dam macam-macam lagi lah .
Sesungguhnya dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan  
lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat .
Tetapi sekiranya lelaki yang baik akhlak agamanya , mendapat isteri yang kurang dalam hal agamanya , maka menjadi tanggungawab suami membimbing isterinya itu ke arah yang lebih baik !
Kerana sekeras-keras hati wanita , akan cair juga dengan lelaki . :) *aummm

TETAPI janganlah kita terlalu mengharapkan kesempurnaan ! kerana diri kita pun belum sempurna lagi !
Soal jodoh , biarlah DIA yang tentukan ! DIA lagi tahu , sedangkan kita tak tahu apa-apa .
JIKA ditanya pada lelaki-lelaki , semestinya mereka inginkan isteri seperti gambar .
Jangan jadikan isteri seperti itu sebagai tiket anda mudah masuk syurga , tapi ambil lah iktibar dari itu .
Sama-sama berusaha menuju ke JannahNya , bukan ke Jahannam ! InsyaAllah syurga menanti ^^

Masing-masing ada kelbihan masing-masing  . Masing-masing ada kekurangan masing-masing .
Cikgu aku pernah cakap , BE WANT YOU WANT YOUR CHILDREN TO BE !!
Kalau kita nak anak kita jadi baik , soleh dan solehah , maka kita kena menjadi 
seperti itu terlebih dahulu . 
Sebab tulah ada orang kata : 
'Jangan sesekali kita menderhakai ibubapa kita , nanti anak kita akan buat pada kita '
Sekarang ni semua dibayar cash !!
Kita buat jahat , maka akan dibayar dengan cepatnya , C:

Aku celoteh ni pun sebagai ingatan untuk aku jugak ! Selalu je alpa , leka dan lupa !
Dah nama pun manusia kan gamaknya , cenggini lah ^^v


SEKIAN , Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment