ASSALAMUALAIKUM ~~ *jawab dulu (:
okay . hari ini topik yang aku nak celotehkan ialah mengenai BE STRONG !!
petang yang panas ni , berbahang rasanya .. panehhh ~~ fuhhh
Back to our topic, kalau kita dalam kesedihan orang sekeliling akan selalu cakap kat kita 'be strong okay'
tapi hakikatnya kan , nak bercakap memang mudah tapi nak melaksanakan nya , MasyaAllah ! agak sukar sebenarnya...
'BE STRONG ! the phrase are easy to say but very hard to do especially when you're in heartbroken'
yup !!! itu sangat betul . cakap memang mudah tapi untuk melaksana kan nya memang susah , nak-nak bila
kita tengah patah hati , sedih dan macam-macam lagi .
Tapi sekurang-kurangnya dengan adanya perkataan ni disebut selalu , nak-nak bila kita tengah patah hati ,
mungkin ini akan menjadikan satu ubat buat kita untuk sentiasa kuatkan mental dan juga fizikal .
Memang ! tak dapat dinafikan bahawa , sukar untuk orang memahami masalah yang kita hadapi ,
tak semua orang akan faham situasi kita . TAPI harus diingatkan
bahawa setiap perkataan yang keluar dari mulut kita itu satu doa .
setiap kali kita cakap , "be strong'' InsyaAllah , Allah akan kuatkan hati serta jiwa kita .
Cukup bertuah sekiranya kita ada sahabat yang sentiasa disisi kita , tak kira masa susah mahupun masa kita senang , TAPI sekiranya kita keseorangan menghadapi masalah ataupun kekecewaan , tidak mengapa !
ALLAH ada dengan kita . berdoa lah dan memohon lah kepada-Nya ..
DIA yang mencipta kan kita maka ,DIA jugalah yang tahu apa yang terbaik buat kita .
Jangan pernah menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku ke atas kita ,
sentiasa lah berfikiran positiv !
mungkin setiap masalah yang datang itu , cara Allah nak hapuskan dosa silam kita , InsyaAllah !!
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui ...
Seandainya kita dikecewakan , ataupun orang yang kita sayang pergi meniggalkan kita .. kuatkan hati !
dan kunci kepada kekuatan hati ialah sentiasa berfikiran positif ! jangan sentiasa fikir akan negatif malah berfikir lah secara POSITIF !
mungkin Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik . InsyaAllah ..
Sentiasalah berdoa agar kita tidak diberi ujian yang tidak mampu kita menangggungnya ..
Sesungguhnya Dia tahu apa yang kita tak tahu (:
Sekiranya masalah itu terlalu berat , luahkan lah kepada sahabat yang korang percayai , yang boleh membina semangat korang kembali , tetapi sekiranya masih rasa terbeban lagi , maka bersujudlah pada Dia , mengadulah sepuas-puasnya ,.. Dia tak pernah meninggal kan hamba-hambanya malah kita yang selalu meninggalkan Dia ):
InsyaAllah , hati akan tenang selepas itu :D
cukup sampai sini , Assalamualaikum ~
(:
No comments:
Post a Comment